:: Pembaca ke ::

Pages

Monday, 17 February 2014

Kasih Aina ( Part 7)

Kasih Aina ( Part 7)

Akhirnya setelah 8 jam perjalanan menaiki bas dilewati.. mereka sampai juga ke tempat yang dituju.. Gua Kelam.. Satu-satunya gua yang boleh diselusuri dari pintu gua hingga ke hujungnya... Selesai mendirikan khemah di tapak perkhemahan, mereka yang telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dibawah seorang guru penyelia diarahkan untuk memasak makan malam.

 "Aina.. kau reti ke masak-masak ni?" usik Zakir
"Mesti la aku tahu.. aku ni kan perempuan.."balas Aina dengan wajah mencuka..  Petang itu, ketawa mereka berderai lagi..

Keperluan memasak disediakan sendiri oleh murid-murid manakala bahan mentah disediakan oleh guru-guru. Makanan dalam tin sememangnya tidak asing bagi peserta program perkhemahan seperti ini...kerana ianya lebih mudah disediakan.. Menu mereka malam itu sardin dalam tin, telur dadar, nasi dan roti.. setelah selesai memasak, pelajar Muslim diarah supaya bersiap untuk mengerjakan Solat Maghrib secara berjemaah.

Selesai solat Maghrib, kuliah Maghrib disampaikan oleh Cikgu Hafiz..antara intipati kuliah petang itu, kepentingan menjaga hati kedua orang tua.. mereka mendengar dengan penuh minat.  Selesai berjemaah Solat Isya' mereka menikmati makan malam.. Pengurusan di Gua Kelam ini amat sistematik sekali, terdapat ruang solat terbuka, dewan terbuka dan kemudahan bilik air yang selesa.. perancangan perkhemahan ini dapat berjalan dengan lancar..

Pengisian perkhemahan kali ini diadakan bagi menyemai jatidiri yang kuat pada ahli-ahli Kelab Kaunseling.















Sunday, 3 April 2011

Kasih Aina (part 6)


Kini hari yang dinantikan telah tiba. Zakir , Aina bersama rakan-rakan Unit Kaunseling sekolah mereka bersama 5 orang guru pengiring kini telah bersedia menanti bas di Dataran Ilmu sekolah mereka. Seperti yang dijanjikan, bas yang dinanti tiba untuk membawa mereka ke Perlis. Zakir antara yang terawal menaiki bas. Cikgu Hanis, Cikgu Hafiz, Cikgu Ramesh, Cikgu Mei Ling dan Cikgu Ahmad hanya membiarkan anak-anak murid mereka berasak-asak menaiki bas.

"Budak-budak kalau dah teruja...tak boleh dilarang lagi..." kata Cikgu Hafiz disambut deraian tawa rakan-rakan sejawatannya yang lain.

Perjalanan mereka selama 8 jam diisi dengan kuiz ringkas mengenai Negeri Perlis. Gelak tawa berderai di dalam bas yang seramai 40 orang. Setelah 3 jam perjalanan mereka berhenti rehat. Hentian R&R di lebuhraya memudahkan mereka untuk berhenti rehat bagi menghilangkan penat lelah dan mengisi perut.

Guru-guru mereka telah menyiapkan minum pagi untuk mereka sekadar yang mampu dengan menggunakan yuran kelab yang telah dikutip ketika awal tahun semasa acara tahunan bagi kelab mereka direncanakan.                            
















Publish by : Nurhafiza
Leave comment if u have something in minds
Thanks

Tuesday, 13 July 2010

Kasih Aina (part 5)


"zakir...oi zakir...." laung aina... hampir kering tekaknya memanggil zakir... namun tidak bersahut... kawan-kawannya yang lain mula geram kerana lama menunggu... 

"adui...mane plak si zakir ni..." keluh aina seorang diri...


"oi...jap la...aku datang ni..." sahut zakir dr dlm rumahnya...


"ape ko buat...? lama sgt bru nk sahut... nasib baik kami tak balik tau..." marah aina...



"ala...aku mkn cucur la tadi....jgn la marah...senyum la sikit..." usik zakir...

"dh agak dh...kalau tak tidur mesti tgh makan..." aina tersengih...

aina mengajak mereka ke beranda di depan rumah zakir untuk berbincang tentang perkhemahan mereka... tinggal lg beberapa hari lagi mereka akan bertolak ke Perlis untuk mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling sekolah mereka... petang itu mereka habiskan dengan berbincang tentang peralatan yang perlu dibawa dan kelengkapan sampingan yang mungkin diperlukan... sesekali terdengar mereka bergelak ketawa dan kadang-kadang suara kecil zakir menjerit kerana dicubit aina kerana sifat main-mainnya...

"ok...jangan lupa bawa apa yang kita dah bincangkan tu tau..." aina mengingatkan zakir serta teman-temannya yang lain...

"ye cikgu aina...hehe..." zakir mengusik seraya tersenyum sengih...


Publish by : Nurhafiza
Leave comment if u have something in minds
Thanks

Thursday, 8 July 2010

Kasih Aina (part 4)

hari ini peperiksaan upsr bermula...zakir dan aina kelihatan tenang menghadapi peperiksaan ini...sesi ulangkaji di sekolah dan kelas tuisyen yang mereka hadiri bersama-sama pasti dapat memberikan manfaat ketika menjawab soalan peperiksaan nanti...terasa seperti baru semalam guru-guru mereka memberikan pengajaran dan peringatan supaya tidak mengambil ringan tentang peperiksaan upsr ini...walaupun ia tidak menjejaskan peluang menyambung pengajian ke peringkat menengah, namun peperiksaan upsr ini mungkin menjadi titik tolak bermulanya kehidupan mereka seterusnya...seminggu yang mendatang ini merupakan masa penting buat aina dan zakir merencana kehidupan mereka...

seminggu terasa cepat berlalu...kini aina dan zakir menghela nafas lega sebaik peperiksaan berakhir...mereka mengayuh basikal pulang ke rumah dengan perasaan gembira... mereka yakin telah melakukan yang terbaik dan kini hanya berserah kepada Illahi apa pun jua keputusan yang akan diperolehi...berakhirnya peperiksaan ini juga bermakna perkhemahan mereka ke Perlis bakal menjelang tiba...aina dan zakir sudah tidak sabar mahu menghadiri perkhemahan yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling sekolah mereka...

"kau dah siapkan semua barang nak pergi perkhemahan nanti ke?" tanya aina termengah-mengah...penat dia mengejar zakir yang sudah laju ke hadapan...

"baru kemaskan baju je...itupun mak aku yang siapkan..." jawab zakir sambil tersengih...

"aku dah agak dah...." aina cuma tersengih menyindir...

"apa-apa nanti kita jumpa petang nanti ye...aku lapar la...dah sampai rumah ni..." zakir membalas...dia memang terkenal dengan sifat kuat makannya...kalau tentang makan, tak boleh lewat walaupun seminit...

"ok...jumpa petang nanti..." aina cuma tersenyum...kawannya yang seorang ini memang tak boleh dihalang kalau bab makan...


Publish by :: Nurhafiza
Leave comment if u have something in minds...

Kasih Aina (part 3)

semakin hari persahabatan yang dibina di antara aina dan zakir semakin akrab... petang hari itu, ketika masing-masing sedang menikmati pisang goreng dan air teh di bawah pohon jambu tempat mereka sering menghabiskan masa bersama...tiba-tiba aina bertanyakan sesuatu kepada zakir... 

"zakir, kau nak sambung belajar kat mana nanti lepas upsr ? " tanya aina
zakir cuma terdiam dan kemudian menjawab... 

"kami nak jadi doktor..jadi mungkin kami masuk mrsm kot...itupun kalau keputusan upsr ok..." jawab zakir sambil mulutnya penuh dengan pisang goreng....lagaknya seperti terlalu kelaparan...

"hurmmm..." aina cuma mengeluh sambil memikirkan sesuatu...


Publish by :: Nurhafiza
Leave comment if u have something in minds...