:: Pembaca ke ::

Pages

Sunday 3 April 2011

Kasih Aina (part 6)


Kini hari yang dinantikan telah tiba. Zakir , Aina bersama rakan-rakan Unit Kaunseling sekolah mereka bersama 5 orang guru pengiring kini telah bersedia menanti bas di Dataran Ilmu sekolah mereka. Seperti yang dijanjikan, bas yang dinanti tiba untuk membawa mereka ke Perlis. Zakir antara yang terawal menaiki bas. Cikgu Hanis, Cikgu Hafiz, Cikgu Ramesh, Cikgu Mei Ling dan Cikgu Ahmad hanya membiarkan anak-anak murid mereka berasak-asak menaiki bas.

"Budak-budak kalau dah teruja...tak boleh dilarang lagi..." kata Cikgu Hafiz disambut deraian tawa rakan-rakan sejawatannya yang lain.

Perjalanan mereka selama 8 jam diisi dengan kuiz ringkas mengenai Negeri Perlis. Gelak tawa berderai di dalam bas yang seramai 40 orang. Setelah 3 jam perjalanan mereka berhenti rehat. Hentian R&R di lebuhraya memudahkan mereka untuk berhenti rehat bagi menghilangkan penat lelah dan mengisi perut.

Guru-guru mereka telah menyiapkan minum pagi untuk mereka sekadar yang mampu dengan menggunakan yuran kelab yang telah dikutip ketika awal tahun semasa acara tahunan bagi kelab mereka direncanakan.                            
















Publish by : Nurhafiza
Leave comment if u have something in minds
Thanks