:: Pembaca ke ::

Pages

Tuesday 13 July 2010

Kasih Aina (part 5)


"zakir...oi zakir...." laung aina... hampir kering tekaknya memanggil zakir... namun tidak bersahut... kawan-kawannya yang lain mula geram kerana lama menunggu... 

"adui...mane plak si zakir ni..." keluh aina seorang diri...


"oi...jap la...aku datang ni..." sahut zakir dr dlm rumahnya...


"ape ko buat...? lama sgt bru nk sahut... nasib baik kami tak balik tau..." marah aina...



"ala...aku mkn cucur la tadi....jgn la marah...senyum la sikit..." usik zakir...

"dh agak dh...kalau tak tidur mesti tgh makan..." aina tersengih...

aina mengajak mereka ke beranda di depan rumah zakir untuk berbincang tentang perkhemahan mereka... tinggal lg beberapa hari lagi mereka akan bertolak ke Perlis untuk mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling sekolah mereka... petang itu mereka habiskan dengan berbincang tentang peralatan yang perlu dibawa dan kelengkapan sampingan yang mungkin diperlukan... sesekali terdengar mereka bergelak ketawa dan kadang-kadang suara kecil zakir menjerit kerana dicubit aina kerana sifat main-mainnya...

"ok...jangan lupa bawa apa yang kita dah bincangkan tu tau..." aina mengingatkan zakir serta teman-temannya yang lain...

"ye cikgu aina...hehe..." zakir mengusik seraya tersenyum sengih...


Publish by : Nurhafiza
Leave comment if u have something in minds
Thanks

Thursday 8 July 2010

Kasih Aina (part 4)

hari ini peperiksaan upsr bermula...zakir dan aina kelihatan tenang menghadapi peperiksaan ini...sesi ulangkaji di sekolah dan kelas tuisyen yang mereka hadiri bersama-sama pasti dapat memberikan manfaat ketika menjawab soalan peperiksaan nanti...terasa seperti baru semalam guru-guru mereka memberikan pengajaran dan peringatan supaya tidak mengambil ringan tentang peperiksaan upsr ini...walaupun ia tidak menjejaskan peluang menyambung pengajian ke peringkat menengah, namun peperiksaan upsr ini mungkin menjadi titik tolak bermulanya kehidupan mereka seterusnya...seminggu yang mendatang ini merupakan masa penting buat aina dan zakir merencana kehidupan mereka...

seminggu terasa cepat berlalu...kini aina dan zakir menghela nafas lega sebaik peperiksaan berakhir...mereka mengayuh basikal pulang ke rumah dengan perasaan gembira... mereka yakin telah melakukan yang terbaik dan kini hanya berserah kepada Illahi apa pun jua keputusan yang akan diperolehi...berakhirnya peperiksaan ini juga bermakna perkhemahan mereka ke Perlis bakal menjelang tiba...aina dan zakir sudah tidak sabar mahu menghadiri perkhemahan yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling sekolah mereka...

"kau dah siapkan semua barang nak pergi perkhemahan nanti ke?" tanya aina termengah-mengah...penat dia mengejar zakir yang sudah laju ke hadapan...

"baru kemaskan baju je...itupun mak aku yang siapkan..." jawab zakir sambil tersengih...

"aku dah agak dah...." aina cuma tersengih menyindir...

"apa-apa nanti kita jumpa petang nanti ye...aku lapar la...dah sampai rumah ni..." zakir membalas...dia memang terkenal dengan sifat kuat makannya...kalau tentang makan, tak boleh lewat walaupun seminit...

"ok...jumpa petang nanti..." aina cuma tersenyum...kawannya yang seorang ini memang tak boleh dihalang kalau bab makan...


Publish by :: Nurhafiza
Leave comment if u have something in minds...

Kasih Aina (part 3)

semakin hari persahabatan yang dibina di antara aina dan zakir semakin akrab... petang hari itu, ketika masing-masing sedang menikmati pisang goreng dan air teh di bawah pohon jambu tempat mereka sering menghabiskan masa bersama...tiba-tiba aina bertanyakan sesuatu kepada zakir... 

"zakir, kau nak sambung belajar kat mana nanti lepas upsr ? " tanya aina
zakir cuma terdiam dan kemudian menjawab... 

"kami nak jadi doktor..jadi mungkin kami masuk mrsm kot...itupun kalau keputusan upsr ok..." jawab zakir sambil mulutnya penuh dengan pisang goreng....lagaknya seperti terlalu kelaparan...

"hurmmm..." aina cuma mengeluh sambil memikirkan sesuatu...


Publish by :: Nurhafiza
Leave comment if u have something in minds...

Kasih Aina (part 2)

fikirannya segera kembali sedar...dan tiba-tiba memori kenangannya bersama zakir menjelma semula di dalam kotak fikirannya... zakir dan aina merupakan rakan sepermainan dari kecil...kawasan perkampungan di pinggir Ipoh menjadi titik permulaan persahabatan mereka..... asalnya zakir dan keluarganya yang berpindah ke Kg. Bahagia kerana ayahnya ditugaskan di pejabat baru di Ipoh... bermua dari itu, persahabatan mereka terjalin akrab... semuanya kerana zakir memecahkan tingkap rumah aina...marahnya bukan kepalang apabila zakir hanya tersengih-sengih langsung tidak menunjukkan dirinya bersalah... 

"oi..kenapa pecahkan tingkap rumah kami?? pekik aina dari jendela rumahnya..." 

tersentak dengan jeritan aina, zakir segera melarikan diri... aina tidak membuang masa dan terus mengejar zakir...berlakulah pergaduhan antara mereka berdua dan akhirnya dileraikan oleh teman-teman... adat bergaduh kanak-kanak...mereka segera bermaafan setelah zakir berjanji akan mengganti cermin tingkap yang pecah...
bermula daripada pergaduhan itu... akhirnya zakir dan aina menjadi akrab... bermula dengan membonceng basikal bersama ke sekolah... ke kelas agama... bermain di padang... semuanya di lakukan bersama...

Publish by :: Nurhafiza
Leave comment if u have something in minds...

Kasih Aina (part 1)

mendung diluar jendela seakan mengerti kabut rindu yg bergelora di hati aina...aina mengela nafas kelegaan penuh pengertian....huuuuuhhhh....hari ini...genap 3 bulan pemergian zakir...serasa baru semalam tubuh hangat zakir yang bertarung nyawa terkulai layu dipangkuannya...zakir...si suami yg baru seminggu dinikahi pergi menyahut seruan Illahi...aina redha dengan ketentuanNYA...namun hati kecilnya masih terasa berat merelakannya... Astagfirullah...aina kembali sedar...dia tidak mampu untuk melawan takdir Illahi...

Publish by :: Nurhafiza
Leave comment if u have something in minds...