:: Pembaca ke ::

Pages

Thursday 8 July 2010

Kasih Aina (part 4)

hari ini peperiksaan upsr bermula...zakir dan aina kelihatan tenang menghadapi peperiksaan ini...sesi ulangkaji di sekolah dan kelas tuisyen yang mereka hadiri bersama-sama pasti dapat memberikan manfaat ketika menjawab soalan peperiksaan nanti...terasa seperti baru semalam guru-guru mereka memberikan pengajaran dan peringatan supaya tidak mengambil ringan tentang peperiksaan upsr ini...walaupun ia tidak menjejaskan peluang menyambung pengajian ke peringkat menengah, namun peperiksaan upsr ini mungkin menjadi titik tolak bermulanya kehidupan mereka seterusnya...seminggu yang mendatang ini merupakan masa penting buat aina dan zakir merencana kehidupan mereka...

seminggu terasa cepat berlalu...kini aina dan zakir menghela nafas lega sebaik peperiksaan berakhir...mereka mengayuh basikal pulang ke rumah dengan perasaan gembira... mereka yakin telah melakukan yang terbaik dan kini hanya berserah kepada Illahi apa pun jua keputusan yang akan diperolehi...berakhirnya peperiksaan ini juga bermakna perkhemahan mereka ke Perlis bakal menjelang tiba...aina dan zakir sudah tidak sabar mahu menghadiri perkhemahan yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling sekolah mereka...

"kau dah siapkan semua barang nak pergi perkhemahan nanti ke?" tanya aina termengah-mengah...penat dia mengejar zakir yang sudah laju ke hadapan...

"baru kemaskan baju je...itupun mak aku yang siapkan..." jawab zakir sambil tersengih...

"aku dah agak dah...." aina cuma tersengih menyindir...

"apa-apa nanti kita jumpa petang nanti ye...aku lapar la...dah sampai rumah ni..." zakir membalas...dia memang terkenal dengan sifat kuat makannya...kalau tentang makan, tak boleh lewat walaupun seminit...

"ok...jumpa petang nanti..." aina cuma tersenyum...kawannya yang seorang ini memang tak boleh dihalang kalau bab makan...


Publish by :: Nurhafiza
Leave comment if u have something in minds...

0 comments: