:: Pembaca ke ::

Pages

Monday 17 February 2014

Kasih Aina ( Part 7)

Kasih Aina ( Part 7)

Akhirnya setelah 8 jam perjalanan menaiki bas dilewati.. mereka sampai juga ke tempat yang dituju.. Gua Kelam.. Satu-satunya gua yang boleh diselusuri dari pintu gua hingga ke hujungnya... Selesai mendirikan khemah di tapak perkhemahan, mereka yang telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dibawah seorang guru penyelia diarahkan untuk memasak makan malam.

 "Aina.. kau reti ke masak-masak ni?" usik Zakir
"Mesti la aku tahu.. aku ni kan perempuan.."balas Aina dengan wajah mencuka..  Petang itu, ketawa mereka berderai lagi..

Keperluan memasak disediakan sendiri oleh murid-murid manakala bahan mentah disediakan oleh guru-guru. Makanan dalam tin sememangnya tidak asing bagi peserta program perkhemahan seperti ini...kerana ianya lebih mudah disediakan.. Menu mereka malam itu sardin dalam tin, telur dadar, nasi dan roti.. setelah selesai memasak, pelajar Muslim diarah supaya bersiap untuk mengerjakan Solat Maghrib secara berjemaah.

Selesai solat Maghrib, kuliah Maghrib disampaikan oleh Cikgu Hafiz..antara intipati kuliah petang itu, kepentingan menjaga hati kedua orang tua.. mereka mendengar dengan penuh minat.  Selesai berjemaah Solat Isya' mereka menikmati makan malam.. Pengurusan di Gua Kelam ini amat sistematik sekali, terdapat ruang solat terbuka, dewan terbuka dan kemudahan bilik air yang selesa.. perancangan perkhemahan ini dapat berjalan dengan lancar..

Pengisian perkhemahan kali ini diadakan bagi menyemai jatidiri yang kuat pada ahli-ahli Kelab Kaunseling.















0 comments: